Friday, 26 September 2014

KHASIAT SUSU KAMBING


Mungkin ramai yang tidak tahu terdapat pelbagai khasiat istimewa dalam susu kambing berbanding susu lembu. Kajian mendapati kandungan nutrisi susu kambing adalah dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu biasa. Kandungan gizi itu ialah protein, vitamin B2, kalsium, inositol, vitamin C, zat besi, vitamin A, karbohidrat, vitamin D, sodium, asid folik, vitamin B12 dan potassium.

Manfaat daripada susu kambing
Menurut satu kajian Universiti Granada mendapati susu kambing lebih mudah dicerna dan sesuai untuk mereka yang alah dengan susu lembu.
Ini kerana susu kambing tidak mengandungi protein kompleks yang menjadi penyebab utama kepada alahan.
Molekul lemak susu kambing juga lebih halus dan hanya memerlukan 20 minit sahaja untuk dicerna berbanding susu lembu yang memerlukan lebih dua jam.
Faedah seterusnya adalah susu kambing boleh membantu penghidap demam ­kuning dan membantu ­pesakit anemia.
Susu kambing membantu pesakit anemia kerana ia mempunyai sifat pengaktif antibodi yang boleh merangsang penghasilan sel-sel darah merah.
Di kalangan orang Islam, susu kambing lebih afdal diminum kerana ia adalah sebahagian daripada sunah Nabi Muhammad s.a.w.
Kini, dengan gabungan makanan-makanan sunah lain, susu kambing memberikan manfaat yang baik untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia.


Makanan untuk kecerdasan otak

Ginkgo Biloba adalah salah satu makanan yang ­terbaik untuk otak. Ia ­mampu meningkatkan pengaliran darah dan oksigen ke otak.

Kajian mendapati dengan mengambil ginkgo biloba setiap hari, khasiatnya dapat meningkatkan aktiviti otak, menajamkan fikiran, menguatkan daya ingatan dan mengatasi masalah lupa.

Selain itu, kismis juga mempunyai khasiat yang lebih kurang sama. Ia kaya garam mineral dan vitamin seperti magnesium, kalsium, zat besi, vitamin B,C dan K yang baik untuk sistem saraf, otot dan memberikan tenaga.







No comments:

Post a Comment